Muqaddimah Ilmu Rasm Al-Quran ( by Muhammad Afham Syahmi bin Mohammad Munir)


Muqaddimah Rasm Al-Quran

 

ولم يزل حفظه بين الصحابة في   علا حياة رسول الله مبتدرا

وكل عام على جبريل يعرضه     وقيل آخر عام عرضتين قرا

 

Para sahabat telah cuba sedaya upaya untuk menghafal al-quran, belajar qiraat, tajwid, dan cara-cara bacaan sejak dari mulanya penurunan al-quran sehingga akhir turunnya al-quran kepada nabi Muhammad.

Dikhabarkan bahawa nabi Muhammad akan bertalaqi setiap malam Ramadhan dengan malaikat Jibril sehingga selesai penurunan al-quran.

 


 

 

Pengumpulan ke-2(Zaman saidina Abu Bakar As-siddiq)

 

إن اليمامة أهواها مسيلمة     الكذب في زمن الصديق إذ خسرا

وبعد بأس شديد حان مصرعه   وكان بأسا على القراء مستعرا

 

Yamamah adalah nama tempat. Dikatakan bahawa Musailamah Al- Kazab adalah penipu yang mengaku dirinya sebagai nabi. Pada satu ketika, apabila nabi menerima wahyu, Musailamah Al-Kazab juga mengaku yang dia menerima wahyu.

Penipuan Musailamah Al-Kazab itu bukan bermula sejak zaman Saidina Abu Bakar tetapi sudah bermula sejak dari zaman nabi Muhammad.

Selepas kewafatan nabi Muhammad, Musailamah Al-Kazab bangkit untuk mencari pengikut-pengikutnya.Dan telah tercetusnya perang Yamamah yang diketuai oleh Khalid bin Al Walid bagi orang Islam manakala pihak musuh diketuai oleh Musailamah Al-Kazab.

 

Musailamah Al-Kazab berjaya di bunuh tetapi disebabkan oleh peperangan itu ramai muslimin yang terkesan iaitu 1200 orang syahid dan 700 orang huffaz syahid dalam peperangan Yamamah.

 

ناد أبا بكر الفاروق خفت على ال     قراء فادرك القرءان مستطرا

 

Kerana takut akan kehilangan al-quran maka diisytiharkan untuk mengumpul al-quran

Pada awalnya, Saidina Abu Bakar membantah pengumpulan al-quran tetapi telah diyakini oleh Saidina Umar maka beliau bersetuju untuk pengumpulan al-quran.

Zaid bin Sabit telah diamanahkan untuk mengetuai pengumpulan al-quran yang dipantau oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Antara alat-alat yang digunakan ialah tulang, pelepah.

 

فأجمعوا جمعه في الصحف واعتمدوا    زيد بن ثابت العدل الرضى نظرا

فقام فيه بعون الله يجمعه                    بالنصح والجد والحزم الذي بهرا

من كل أوجحه حتى استتم له              بالأحرف السبعة العليا كما اشتهرا

 

Sebelum pengumpulan atau menulis al-quran, Zaid bin Sabit akan mengumpul semua hafazan bacaan dan tulisan dari sahabat-sahabat. Selepas selesai pengumpulan al-quran, al-quran itu disimpan oleh Saidina Abu Bakar.

 


 

Pengumpulan ke-3 (Zaman Saidina Uthman)

 

وعند حفصة كانت بعد فاختلف ال   قراء فاعتزلوا في أحرف زمرا

وكان في بعض مغزاهم مشاهدهم   حذيفة فراى في خلفهم عبرا

فجاء عثمان مذعورا فقال له         أخاف أن يخلطوا فأدرك البشر

 

Selepas pada kewafatan Saidina Abu Bakar, al-quran itu disimpan oleh Saidatina Hafsah. Setelah selesai penulisan al-quran, Khalifah Uthman mengarahkan semua mushaf dibakar bagi menyatukan umat islam dalam satu mushaf sahaja.

Pada pemerintahan Saidina Uthman, Islam tersebar luas meliputi semenanjung tanah arab dan wilayah-wilayah lain termasuk Armania, Azrabeijan dan Khurasan.

Dibawah pengumpulan Saidina Uthman berlakunya peperangan Armaniah di antara tentera Syam dan tentera Iraq disebabkan perbalahan tentang bacaan.


 

 

فاستحضر الصحف الأولى التي جمعت    وخص زيدا ومن قريشه نفرا

على لسان قريش فاكتبوه كما     على الرسول به إنزاله انتشرا

 

Saidina Uthman melantik beberapa orang untuk mengumpul semula al-quran iaitu Ali, Abi, Zaid bin Sabit, Muawiyah, Khalid bin Said Al as, Hanzalah bin Arrabi’, ala’ibnu alhadrami, Aban bin Said. Dan yang terdiri dari Quriasy ialah Abdullah bin Zubair, Said bin Al-as, Abdullah Al-Harith bin Hisyam dan Abi. Mereka mengumpul dan menulis semula al-quran yang di ambil dari Saidatina Hafsah untuk membuat beberapa al-quran lain.


 

وسار في نسخ منها مع المدني     كوف وشام وبصر تملا البصرا

وقيل مكة والبحرين مع يمن        ضاعت بها نسخ في نشرها قطرا

 

Sebanyak 8 al-quran yang dikumpul 5 darinya iktifa’ manakala 3 bakinya iktilaf. Al-quran pertama dihantar ke Madinah yang diambil alih oleh Zaib bin Sabit, yang kedua dihantar ke Mekah diambil oleh Abdullah ibnu Saib, yang ketiga dihantar ke Kufi diambil alih oleh Aba Abdul Rahman Aslami, yang keempat dihantar ke Syami diambil alih oleh Mungoizah bin Syahab, yang kelima dihantar ke Basrah diambil alih oleh Amir bin Abdul Qoish, dan lagi 2 al-quran dihantar ke Yaman dan Bahrain. Manakala Saidina Uthman memegang al-quran (al-imam) di Mekah.

Comments